letak tajuk spm okay gak ni


Kesian blog ni tak pernah di update haha so sorry. Nak kata busy, busy lah jugak. Dengan sekolah lagi, kelas tambahan setiap hari, petang sampai malam. Memang sungguh memenatkan. Lagi-lagi tahun ni ambil spm. Pressure gila. Tapi apakan daya. Buat semua ni pun untuk masa depan aku juga & also nak membalas jasa mak ayah yang tidak pernah jemu mendidik dari kecik sampailah laa ni. I want to make them proud of me. I want them happy.

Bila tengok kakak-kakak abang-abang ambil result spm khamis lepas, rasa cuak pun ada, ketak lutut nih. Tahun depan, aku pulak yang ambil result. Uishh belum bersedia lagi. Rasa macam cepat je masa berlalu. "Boleh ke aku dapat result yang bagus kalau terus malas macam ni? Boleh ke aku dapat banggakan mak ayah dengan result aku nanti? Boleh ke?" Selalu bermain difikiran aku. Cukuplah upsr dgn pmr aku main-main. Sekarang ni bukanlah masa yang sesuai untuk main-main. Aku boleh buat. Semua orang boleh buat. Antara rajin atau malas je.

Aku harap apa yang aku target untuk spm nanti, tercapailah. Antara subject yang paling aku risau, Chemistry and Biology. Aku memang lemah dengan subject ni. Aku pun tak tahulah. Suka tak suka kena juga belajar kan. Kekadang tengok result kawan-kawan yang lain, rasa cemburu pun ada, menyesal pun ada. Tapi dah tak guna kemudian baru nak menyesal kan. So from now on aku kena berubah ceyy tak ni aku serious ni.

Hmm aku dah tak tahu nak cerita apa lagi. Inilah sebabnya aku jarang update blog. Camni lah jadinya. Apa nak jadilah dengan aku ni. Kesian blog selalu dipinggirkan. Dulu masa mula-mula buat blog kemain kalau boleh setiap hari nak update. Semua benda nak cerita hahaha. Bila baca entry yang lelepas ni rasa malu pun ada, bodoh pun ada. Tak sangka aku post entry camtu haha. Terkejut aku bila baca balik haha teghuk nau

So ni jelah yang mampu. See ya in another entry (hope so)

Sincerely by,
Erfa si pemalas

xoxo
[ 0 comments ]

OLDER POST | HOME | NEWER POST